Villa 5 bilik ini dibuat untuk memenuhi kriteria tetamu yang inginkan rumah yang besar pada harga yang berpatutan. Villa ini dibaik pulih sepenuhnya awal tahun 2020. Sudah pasti kemasannya semuanya serba baru dan masih nampak segar. Dilengkapi dengan swimming pool yang besar serta BBQ pit yang pasti dapat menceriakan suasana makan-makan seisi keluarga.
Sesuai untuk kapasiti sebuah keluarga yang tidak besar dan mempunyai ruang yang luas untuk melakukan aktiviti riadah di kala percutian. Seperti villa kami yang lain, villa ini juga dikelilingi pagar tembok dinding tinggi yang mana memberi privasi untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai.
Kemudahan yang ada di villa ini adalah seperti berikut:
- 5 bilik utama
- 2 bilik mandi (beserta pemanas air)
- Swimming pool yang privasi
- Kemudahan BBQ disediakan
- Penghawa dingin untuk seluruh rumah
- TV yang mempunyai rancangan Astro (termasuk channel sukan & filem)
Size Swimming Pool
- Kedalaman : 4 kaki
- Lebar : 12 kaki
- Panjang : 24 kaki
Kemudahan untuk dapur yang ada di villa ini adalah seperti berikut:
- Peti ais
- Microwave
- Rice cooker
- Kelengkapan memasak seperti periuk, dapur (dan tong gas), sudip dan pisau.
- Kelengkapan pinggan mangkuk dan sudu garfu.
Kemudahan lain yang ada di villa ini adalah seperti berikut:
- Seterika
- Tuala (8helai)
- Sabun mandi (bergantung pada stok)
- Penyapu